Selasa, 5 April 2011

Short cut

2006 - 2007 SK Permas Jaya 1.
2008 - 2010 SK Seri Bekok.
2011 - present SK Seri Bali, Chaah.
Sorry lama tak update. Ada busy sikit.

Selasa, 18 November 2008

UPSR 2008

Tahniah kepada murid-murid Tahun 6/2008 SK Seri Bekok yang telah menaikkan peratus kelulusan sekolah dalam UPSR tahun ini iaitu sebanyak 89.36%. Tahniah juga kepada guru-guru yang mendidik murid-murid.
5A - 3 orang murid.
4A 1B - 4 orang murid.


Akhir kata, selamat meninggalkan SK Seri Bekok dan selamat naik ke sekolah menengah kepada murid-murid Tahun 6.

Rabu, 12 November 2008

Perkhemahan Unit Beruniform 2008

Camping 2008 telah diadakan pada 24, 25 & 26 Oktober 2008. Seramai 89 orang murid yang terdiri dari pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah & Puteri Islam telah menyertai perkhemahan ini dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan kawad kaki, rempuh halangan, membuat gadjet, masakan, burung hantu, demontrasi pasukan bomba, aktiviti berakit dan sebagainya.









Ahad, 19 Oktober 2008

Nuansa raya


Gambar menunjukkan sambutan hari raya dan sambutan hari lahir murid Pra Sekolah. Selain itu beberapa orang guru telah mengadakan open house. Boleh dikatakan minggu ni minggu makan aje.

Apelah murid-mirid zaman sekarang ni. 2 orang murid tahun 6 & seorang murid tahun 3 dah pandai kaler rambut. Konon-konon rambut raye ler.

Khamis, 25 September 2008

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Sekiranya ada berlaku kesalahan atau terkasar bahasa, ampun maaf jua dipinta. sebagai manusia memang kita tidak terlepas dari membuat kesilapan. Kepada yang nak balik kampung - Berhati-hati di jalan raya. Selamat pergi, selamat kembali.
Aturcara Hari Raya tahun 2008:
Raya pertama & ke-2 : Berada di Bukit Kuda, Klang.
Raya ke-3 & ke-4 : Sambut raya di Chaah, Segamat.

Isnin, 22 September 2008

Lailatul Qadar

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Didalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang digelar malam 1001 malam, malam penuh keberkatan iaitu malam Lailatul Qadar. Rasulullah bersabda: Carilah lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh terakhir.

Khamis, 18 September 2008

Ramadhan, Solat & kesihatan insan.

Solat bukan sekadar ibadah malahan ia juga penting untuk kesihatan insan.
Bermula dengan mengambil wuduk yakni membersihkan diri sehinggalah pergerakan dalam solat, semuanya bermanfaat kepada kesihatan mental dan fizikal.
Menurut pakar kesihatan, sembahyang itu dapat membantu memetabolismekan (memproses) makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori). Di samping itu ia juga bertindak sebagai senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).
Bayangkan jika selepas berbuka, kita melakukan pergerakan dalam solat maghrib tiga rakaat disusuli isyak (empat) seterusnya tarawih/witir (8+3 atau 20+3). Secara tidak langsung, kurangnya aktiviti bersenam pada siang hari dapat ditampung oleh solat.
Berdiri tegak untuk memulakan solat merupakan akupunktur yang bermanfaat bagi kesihatan di mana seluruh saraf menjadi satu titik pusat pada otak dan kedudukan ini melancarkan peredaran darah.
Rukuk juga dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit. Ia dapat menghindari penyakit yang menyerang ruas tulang belakang yang meliputi ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tonggeng. Terdapat 17 jenis penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
Begitu juga sujud yang menyebabkan otot-otot menjadi lebih besar dan kuat terutama otot-otot dada. Paru-paru akan berkembang dengan baik dan dapat menyedut udara yang bersih. Sujud juga bermanfaat bagi otak kerana kepala berada pada posisi paling rendah, menyebabkan darah membawa banyak zat ke otak.